Tuesday, October 7, 2008

Jemputan 'OPEN HOUSE'

Salam & Hi semua,

Gathering Get2Gather semperna bulan puasa kurang mendapat sambutan.

Walau bagaimanapun, zai ingin menjemput semua kengkawan MSS1975 ke Majlis Rumah Terbuka zai semperna hari Aidilfitri ni seperti di bawah;

Tarikh : 11 Oktober 2008 (sabtu)
Masa : 2 pm - 4pm

Alamat : No 67, Jalan Camar 4/22, Villa Damansara, Seksyen 4, Kota Damansara


Kehadiran kengkawan sangat2 zai alu-alukan... yalah lepas 1 tahun kita get2gather ni.. mesti banyak citer2 terbaru yang boleh dikongsikan bersama.

Yang lain-lain nak buat open house semperna Aidilfitri ni.. emaillah maklumat anda boleh zai tolong wawarkan disini.

Friendship forever @ zai

Thursday, September 4, 2008

Gathering 'Berbuka Puasa Beramai2'

Sejahtera dan Salam pada semua kengkawan,

Atas permintaan 3-4 orang sahabat, saya ingin memaklumkan disini yang MSS1975 ini ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Beramai2. Ala macam yang pernah kita anjurkan tahun lepas.

Cadangannya disini adalah kami memerlukan idea dari kengkawan semua berkenaan ;

1. Tarikh
2. Tempat majlis ini diadakan.
3. Budget tak lebih dari RM30 seorang.
4. Jemputan seisi keluarga / single.
5. Kengkawan yang bukan muslim pun dijemput hadir.

Memandangkan jangkamasa yang diberikan agak terhad, saya berharap mendapat idea2 yang mengkagumkan dari kengkawan semua.

Apa-apa kengkawan boleh email atau pun sms kami terus.

Terima kasih.

Friendship Forever @ zai

Wednesday, August 27, 2008

Buletin August 2008

Berita Terkini - Member2 MSS1975


Norhayati (Yati) - kawan kita di Sg Siput telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai 08 di Sungai Siput. Maaflah geng, gambar perkahwinan beliau masih belum sampai ke tangan saya so untuk memudahkan semua mengenali beliau saya letakkan dibawah gambar waktu Reunion yang lepas.



No3 dari kiri.

Apa pun.. saya dan kawan-kawan yang lain mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru moga kekal hingga ke anak cucu'

Khaizatul Azila (Ila) & Zurihan (Yang)- 2 kawan kita ini bakal menjadi ibu dalam tempoh 1-2 minggu lagi . Kalau tak silap saya, Ila bakal melahirkan anak ke-2 sementara Yang akan melahirkan anak ke-4.

Saya dan kawan-kawan MSS1975 ingin mengucapkan selamat dan cepat2 sembuh.. nanti kami nak serbu raya pulak ok..

Disini juga saya ingin mengambil peluang mengucapkan 'SELAMAT HARI MERDEKA' dan kepada yang beragama Islam 'SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA'.

Friendship Forever @ zai