Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Tuesday, October 7, 2008

Jemputan 'OPEN HOUSE'

Salam & Hi semua,

Gathering Get2Gather semperna bulan puasa kurang mendapat sambutan.

Walau bagaimanapun, zai ingin menjemput semua kengkawan MSS1975 ke Majlis Rumah Terbuka zai semperna hari Aidilfitri ni seperti di bawah;

Tarikh : 11 Oktober 2008 (sabtu)
Masa : 2 pm - 4pm

Alamat : No 67, Jalan Camar 4/22, Villa Damansara, Seksyen 4, Kota Damansara


Kehadiran kengkawan sangat2 zai alu-alukan... yalah lepas 1 tahun kita get2gather ni.. mesti banyak citer2 terbaru yang boleh dikongsikan bersama.

Yang lain-lain nak buat open house semperna Aidilfitri ni.. emaillah maklumat anda boleh zai tolong wawarkan disini.

Friendship forever @ zai

Thursday, September 4, 2008

Gathering 'Berbuka Puasa Beramai2'

Sejahtera dan Salam pada semua kengkawan,

Atas permintaan 3-4 orang sahabat, saya ingin memaklumkan disini yang MSS1975 ini ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Beramai2. Ala macam yang pernah kita anjurkan tahun lepas.

Cadangannya disini adalah kami memerlukan idea dari kengkawan semua berkenaan ;

1. Tarikh
2. Tempat majlis ini diadakan.
3. Budget tak lebih dari RM30 seorang.
4. Jemputan seisi keluarga / single.
5. Kengkawan yang bukan muslim pun dijemput hadir.

Memandangkan jangkamasa yang diberikan agak terhad, saya berharap mendapat idea2 yang mengkagumkan dari kengkawan semua.

Apa-apa kengkawan boleh email atau pun sms kami terus.

Terima kasih.

Friendship Forever @ zai

Tuesday, April 15, 2008

Chat Days

Dah lama jugak 2 laman blog mss1975 ni sunyi dari usikan kenangan lama zaman sekolah dulu. Sejak pertemuan pertama dianjurkan masing-masing kelu seribu bahasa... heheheheheh... satu yang pasti semua tak dapat menduga akan jumpa kembali.


Permulaan tahun 2008 dimulai dengan berbagai tugasan awal tahun yang perlu diselesaikan membuatkan kita semua sibuk hingga hanya berkelapangan untuk menjenguk aja laman blog nak tengok apa perkembangan terkini kengkawan. Dan kami geng-geng blog ni jugak tidak terkecuali sibuk dengan tugasan harian masing-masing..
Namun kesibukan kita akan lebih berseri setiap hari sebab kengkadang tampa diduga muncul message 'Gud Morning', 'Assalamualaikum', 'Hi' dari kengkawan sekolah.. Maksudnya kita tidak keseorangan masih ada kawan yang menyerikan hari kita.. huuhuhuu rasa macam wartawan gedik pulak bahasanya..

Apa pun 'we are not alone' jom bangun meh meriahkan 'CHAT DAY' yang diilhamkan oleh Penghulu Duan. It's brilliant idea, we got fast respond from others in a same day.... bagus tu tak payah nak tunggu esok tengok siapa yg nak sapa kita balik kat laman sembang ni...
Yang perlu kengkawan buat cuma 'SET-kan' satu tarikh dan masa untuk kesesuaian semua. Hehehehhe... seronok nak tunggu reply kengkawan untuk ruangan ni.
'GET 2gather in Cyber Gathering'

Sunday, March 30, 2008

Nostalgia ReUnion -1 Dec 2007





Keindahan kehidupan adalah melalui memori indah yang dapat dikongsi bersama. Ia akan lebih meriah dan bermakna jika kita faham apa itu 'FRIENDSHIP' yang sebenarnya.

FRIENDSHIP

- kawan yang berkongsi kegembiraan bersama.

- kawan yang berkongsi kesusahan bersama.

- kawan yang sudi membimbang dan menegur kita demi kebaikan kita.

- kawan yang memberi dorongan dan sokongan pada kita sepanjang masa yang kita perlukan.

Pendapat peribadi - saya rasa persahabatan MSS Born 1975 lebih istimewa. Kita lalui liku-liku kehidupan dan pembelajaran dari alam sekolah rendah dan menengah bersama-sama dalam sebuah pekan kecil Sg. Siput. This is Unique Friendship. dan lebih unik lagi kita boleh berkumpul selepas 15 tahun menghilang.

Thursday, March 6, 2008

Jemputan Majlis Ke Perkahwinan

Hi Semua Sahabat kita Mohd Ali Abu menjemput semua kawan-kawan seisi keluarga ke majlis perkahwinan adiknya dengan adik Kamarul Affendy.

Maklumat Majlis ;

Tarikh : 9 March 2008 (Ahad)

Alamat : 32D, Jalan Lembah Masjid, Kampung Jaya Setia 31100 Sg. Siput (U) Perak.

Dijemput semua kawan-kawan seisi keluarga memeriahkan majlis tersebut.

Tuesday, February 12, 2008

MSS Friendship Outing - 02/2008

Hello Geng & Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat zai ucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' kepada semua geng-geng MSS yang menyambutnya.. 4 hari holiday last wk memang best bukan untuk kaum cina merayakan CNY aje.. tapi rasanya semua masyarakat kat Malaysia ni sambut Public Holiday.

Zai sendiri pun tersangkut dalam 'jem' hari Khamis tu.. bayangkan dari Damansara Tol aje dah beratur panjang sampailah ke Tg. Malim. Selalu Zai balik Bt. Gajah 2 jam ini 4 jam.. apa-apa pun zai harap semua selamat dan bergembira bersama keluarga.

MSS Friendship Outing 01/2008 - Bowling @ Comic Mid Valley.

Oleh kerana perancangan yang tergempar dan singkat.. maka tak ramai yang hadir. As usual yang hadir zai, nurul & kids, duan, jali & wife. Walaupun begitu, it's really fun for 1st time gathering macam ni.. selain dari jumpa - makan, jumpa - minum, jumpa - gossip etc.. Kita tukar agenda sikit... we create something that motivated each other in the same time make us close as we are in MSS.



For this time, I suggest we met up @ FRIM, Selayang.

Proposed Activities;
i) Morning @ 8.00am - Jungle Tracking (panjat bukit FRIM tu dalam 5 - 10km.
ii)Afternoon @ 11.30am - Pot Luck Lunch at the park or air terjun Frim.

Geng prefer datang dengan family & anak2 lagi best. Tempat ni best close to nature.

Tentative Date :
Recommendation by members.

Estimated $$$ :
RM0.00 (Pot Luck ajelah - lebih menarik )


Apa-apa pun.., ruangan ini terbuka kepada pendapat dan cadangan kengkawan semua.

Post : Zai